Sebenarnya Saya Bukan Memulakan Business Dengan Berbekalkan Ilmu2

Sebenarnya Saya Bukan Memulakan Business Dengan Berbekalkan Ilmu2

Oct 09, 2021

Sebenarnya saya bukan memulakan business dengan berbekalkan ilmu2 keusahawan.😍

Maka naik turun lah perniagaan jualan langsung/MLM saya. Berlatar belakangkan dengan kemahiran kewangan, dengan sedaya upaya saya gunakan apa yang belajar untuk melakukan perniagaan tetapi tiada sistem, main langgar saja maka diakhiri dengan kerugian beribu ringgit.💵💵💵

Walaupun saya Berjaya pada pemulaan melibatkan diri dalam industry MLM, mungkin bernasib baik sebab terus melonjak ke pangkat tertinggi dalam masa yang agak singkat.💃🏻

Walaupun ada juga menghadiri ke kursus kursus yang di susun olih syarikat, saya tidak pandang selain syarikat yang saya melibatkan diri sahaja. Macam kita ini adalah terbaik. Tetapi kejayaan itu tak berpanjangan.👧🏻

Punca utama kegagalan saya adalah tanpa ilmu yang betul, tanpa strategi yang betul, akibatnya saya kehilangan kumpulan/rakan niaga/teman sejati yang besar, Terduduk seketika.🤦🏻‍♀️

Kerana minat saya yang amat kuat dan juga semangat untuk Berjaya dalam bidang MLM begitu positif, malah saya tidak berputus asa walaupun apa yang terjadi dan terlepas. 👩🏻‍🦰

Saya berkerja bersungguh sungguh mencari ilmu MLM dengan menghadiri kursus di atas talian/bersemuka, membaca buku2 dan bergaul dengan usahawan usahawan yang Berjaya dalam bidang MLM.📘

Demi untuk meneruskan hidup saya pernah jadi Property negotiator, Pembantu caterer makanan, stokist syarikat MLM dengan pendapatan yang cukup makan anak2 sahaja.🎠

Alhamdulillah, akhirnya saya bertemu dengan Irfan Khari yang selalu saya follow dengan tawaran dari satu syarikat global. Jenis business model inilah yang saya tunggu tunggu selama ini sebab selain menjadi pioneer di Malaysia, saya boleh membantu rakan niaga yang mempunyai impian yang sama. 👯‍♀️

Itu adalah Syarikat MLM terakhir saya bersama IK, harapan mengunung untuk naikkan balik industri yang saya sangat sayang bersama downlines setia saya. Mungkin dah suratan atau bagi kepuasan terakhir untuk undur diri, saya akhirnya akur dan terima dengan hati yang berat.😥

Tetapi dari IK saya belajar cara berniaga ONLINE, itulah permulaan fasa baru dalam perniagaan saya iaitu Online Marketing. 💻

Selepas belajar serba sikit sini sana untuk naikkan keyakinan/ penghijrahan dari offline ke online datang dengan masa yang tepat sekali. Seluruh dunia diuji dengan pandemik Corona virus. Dalam sedih dan takut rupanya aturan Allah sangat hebat.🙏🏻

Kini selepas 20 bulan dengan business online ( tiada MLM ) dengan Sifu online dan sokongan dari teman2 sejati, kita mengorak langkah ke fasa #tungguparceldepanrumah dan #stayathome. 🏡

Kami tubuhkan #TeamFalcon 🦅 (Kumpulan kecil dengan Semangat Besar) dengan impian baru dengan Great Why masing2. Doakan kami supaya berjaya memberi manfaat kepada ramai lagi orang yang memerlukan.


Follow Us

Our Album