Nov 02, 2021
Cantikkan kuku kaki ( Pedicure ) untuk rasa puashati sendiri😍
Antara 13 jenis Pedicure, yang popular adalah regular pedicure, french pedicure ( seperti di gambar ), spa pedicure dan mini pedicure😁
Saya nak share bahayanya kalau pedicure dibuat dengan cara kurang cermat:
1. Kebanyakan tempat menggunakan batu apung (Pumice Stone) untuk mencukur kalus. Jika dicukur terlalu agresif dan kulitnya pecah, ini boleh menjadi tempat untuk bakteria atau kulat membiak. Ini amat bermasalah untuk pesakit kencing manis juga.
2. Bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan atau merendam kaki boleh menyebabkan kerengsaan kulit. (
skin Irritation )😁
3. Perkakas mungkin tidak disterilkan dan dengan itu boleh menyebarkan kulat atau bakteria. Kulat mudah merebak dari seorang ke orang lain.
4. Terdapat risiko mengembangkan kuku kaki yang tumbuh (Ingrown toenail ) ke dalam akibat pemangkasan (Trimming) yang tidak betul.
Selain pedicure yang betul, dinasihatkan untuk memakan makanan yang bernutrisi untuk kuku supaya cantik dan kilat. #lunalyra